Bahaya Toksin Dalam Badan

Friday, February 12, 2010

Article sebelum ni, i ada share about Reflexology membantu membuang toksin kan?So ada yg tanya apa itu toksin? Sama ngan Tonsil ka?Toksid ka?TokTi ka?

Cuba tengok picture bawah ni..seramkan?..itula toksin kalau nak tahu..Cuba la kalau badan kita ni transparent, bleh plak nengok usus memasing…wuiii takut mak!!!!!!

Meh le kita fahami betul2 apa itu toksin kerna ia semestinya ada dlm setiap badan kita. Boleh juga research kat internet if article yg i share ni tak cukup memenuhi kehendak.

usus penuh toksin

Apa itu Toksin?

Toksin adalah bahan buangan beracun dalam tubuh kita.

tok

 

 

 

 

 

 seriously!..ini adalah toksin i try google dr internet yg berjaya dikeluarkan dlm tubuh

Toksin bukan saja menghancurkan fungsi-fungsi pencernaan kita secara normal, tetapi juga dapat mengikuti peredaran darah ke bahagian-bahagian organ tubuh kita, lalu merosakkan system sirkulasi (pembuluh-pembuluh darah), organ-organ penyaring (system hati dan ginjal), dan organ-organ pengeluaran (system gastrousus).

Sakit adalah kegagalan tubuh manusia menyingkirkan bahan buangan. Contohnya Lendir/mucus, serta toksin yang menghalangi fungsi-fungsi normal tubuh manusia.

Fakta daripada pelbagai kes penyakit mendapati bahawa hampir 90% punca penyakit adalah disebabkan oleh toksin. Di dalam sistem fisiologi tubuh, apabila seseorang itu sakit, badan sedang berusaha untuk menyingkirkan sisa-sisa buangan, mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh.Toksin yang berada di dalam saluran darah akan di bawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya.

Apa yang terjadi apabila toksin berlebihan berkumpul dalam badan?

Toksin yang berkumpul dalam badan boleh mengakibatkan tubuh berasa letih dan lemah. Mereka juga akan mudah dihidapi penyakit.

vvvv ni pula,i google pic dr indonesia,pengguna yg berjaya mengeluarkan toksin.Kok gitu seremnye toksin ya!(apasal cakap loghat indon ni?).. too scary rupenyer toksin ni..

dlm pic ni mereka menggamalkan produk Melilea GFO+puasa.maka racun yang tersumbat tersebut dapat di keluarkan dalam waktu 3 - 7 hari sahaja dong!

Bagaimana toksin terjadi?

  • Amalan memakan makanan segera, berlemak, zat pengawet, perisa tambahan, pewarna tiruan dalam makanan dan minuman.
  • Radiasi daripada alatan elektronik seperti komputer, telefon bimbit dan televisyen.
  • Merokok
  • Memakan buah-buahan atau sayuran yang diawet dengan bahan kimia
  • Memakan daging merah yang diawet atau disejuk beku.

Tanda-tanda seseorang banyak toksin

Seseorang yang mempunyai toksin berlebihan dalam badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab, susah bangun tidur dan bahagian keliling mata gelap.

Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengan, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit(mari checkup sekarang!..huhuhuhu)

Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi, sinus, berat badan meningkat, kehadiran selulit, masalah jerawat dan banyak lagi. Semua ini adalah tanda-tanda bahawa tubuh perlu menjalani proses nyah toksin bagi membersihkan ruang yang tersumbat.

Cara membuang toksin (nysahtoksin)

  1. Detox - Detox umpama ‘agen’ pencuci yang ‘mengikis’ dinding usus yang terlekat dengan sisa buangan yang tidak pernah dibuang dalam tempoh yang sepatutnya.
  2. Senaman –Dengan senaman Toksin akan keluar melalui perkumuhan (peluh)
  3. Refleksologi – Sebahagian dr toksin tak dapat dikeluarkan dari badan dan akn mendap dibahagian kaki. so disini pentingnya refleksologi kerana menurut perubatan Cina, kaki adalah umpama jantung kedua dengan mempunyai lebih 60 titik akupuntur. Melalui titik-titik ini, toksin akan disedut keluar.
  4. Berpuasa - Nabi Muhammad SAW bersabda “Sumber dari segala penyakit adalah perut, perut adalah gudang penyakit dan berpuasa itu adalah ubat” (H.R. Muslim)

Pasni jgn termimpi-mimpi ruper toksin udah….

1 comments:

Anonymous said...

betul ke gamba toksin tu cenggitu???berbelit-belit punya panjang...kut mana toksin tu keluar?by operation ke?

-rina-